
Karya 2026 lahir sebagai sebuah himpunan ciptaan yang merayakan seni dalam pelbagai bentuk.
Setiap helaian membawa cerita, setiap perincian menyimpan makna.
----
Rona.
Lakar.
Aksara.
Tinta.
Ritma.
Nada.
Layar.
Setiap nama mewakili cabang seni yang membentuk Karya.

Rona lahir daripada pemerhatian terhadap warna dan pergerakan harian. Fabrik dipilih dengan penuh ketelitian. Kain yang diperbuat daripada linen menambah pesona pemakai.
Selendang Alun menekankan pergerakan yang lembut dan berterusan. Ia melengkapkan koleksi sebagai elemen yang mengalir bersama helaian lain, membawa rasa ringan dan kesatuan dalam keseluruhan Karya.
Ritma berlandaskan gerak yang berulang dan teratur. Diinspirasikan daripada Baju Kurung Klasik Pahang, dengan inovasi pada rekaan kain yang fleksibel dan mudah dikemaskan.

Nada meraikan ketenangan dalam kesederhanaan. Nada menampilkan Baju Melayu Teluk Belanga dengan pola klasik yang dimodenkan, direka untuk pemakaian yang kemas dan selesa.
Ruang hadir dalam tiga corak klasik yang versatil, samping ini melengkapkan Baju Melayu dengan harmoni dan mudah dipadankan untuk pelbagai gaya Raya.
Lakar menampilkan baju hias berpotongan kimono kardigan yang ringkas dan berfungsi, diperbuat daripada fabrik linen yang ringan serta bernafas.
Aksara diinspirasikan daripada kebaya tradisi dengan sentuhan Japandi yang halus. Baju kebaya direka dengan perincian tali pada butang, tiga baris jahitan di hujung lengan dan satu poket dada.
Tinta menampilkan kemeja berkolar mandarin dengan butang berinspirasikan Cina serta perincian tiga baris jahitan di hujung lengan.
Layar membuka ruang kepada penceritaan yang lebih bebas. Menampilkan baju Kurung Kedah dengan satu butang kayu dan dua poket hadapan, dipadankan dengan seluar lebar yang jatuh seperti kain.
Baju Karya dihasilkan sebagai helaian asas yang merakam falsafah koleksi ini — dalam setiap cipta, ada arah pulang.
----

Sampul Duit Raya Karya direka sebagai sebahagian daripada penceritaan koleksi ini, menampilkan ilustrasi eksklusif oleh Syafiah Shkeri, artis tempatan yang mengilustrasikan penceritaan visual Karya. Setiap watak membawa cerita dan maknanya tersendiri, menjadikan sampul ini lebih daripada sekadar sampul, tetapi satu cara berkongsi seni dan nilai perayaan dengan lebih bermakna.
----
NASKAH KARYA
Perincian dan penelitian dalam setiap cipta, dibukukan dalam satu naskah.
Setiap pembelian lebih RM150 akan disertakan dengan Naskah Karya, berserta Sampul Duit Raya, dan Kad Terima Kasih Karya.
----

KARYA DALAM VISUAL
Saksikan video pendek kempen Karya di YouTube dan Instagram kami pada jam 6 petang, 6 Februari 2026 — sebuah penceritaan visual yang menghidupkan perjalanan koleksi ini.
----

Karya adalah pertemuan seni dan kehidupan. Satu perjalanan ciptaan yang berpaksikan warisan, bergerak seiring masa, dan akhirnya menemukan arah pulang.
----
PENGHARGAAN BUAT YANG BERSAMA MEREALISASIKAN KARYA 2026
.

